Penasihat Belia kepada Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, Qyira Yusri mempunyai misi untuk meningkatkan lagi penglibatan anak muda dalam penglibatan dan penggubalan dasar berkaitan golongan berkenaan.<br /><br />Namun, sebelum terus bergerak ke hadapan, pengasas bersama UNDI 18 itu berkata, beliau mahu menyelami suara anak muda dari pelbagai latar belakang, tanpa mengira ideologi, agama, dan bangsa.
